Monday, July 21, 2014

LAGU I-THINK

PERSEMBAHAN ISYARAT TANGAN & LAGU ITHINK



PETA PEMIKIRAN

Peta pemikiran , begitu namanya

Dalam program ITHINK sudah tersedia

Ada  macam macam jenis dan bentuknya

Mari kita belajar lapan sahaja

Peta Bulatan untuk definisi

Guna Peta Buih untuk terangkan

Peta Buih Berganda untuk banding beza

Peta Pokok pula untuk kelaskan

Guna Peta Dakap hubungkan bahagian

Guna Peta Alir untuk urutan

Peta Pelbagai Alir untuk sebab akibat

Peta Titi pula buat analogi









                                                            
     
                                                      
                                                 

Tuesday, July 15, 2014

PELAN TINDAKAN RINTIS ITHINK

PELAN TINDAKAN RINTIS i-Think 2014

FASA 1 : APRIL – JUN (SK MOHD SHAH)


Bil
Proses Kerja
Tarikh Pelaksanaan

1

Membentuk Jawatankuasa Pasukan Pemandu Inisiatif KBAT(JKPPI KBAT) Peringkat Sekolah.


21.04.2014
   2

Penataran Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara dalam talian (KKDT) , Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dan Panduan Pengguna untuk sekolah rintis KiDT 2014

23.04.2014

3

Membentuk Pasukan e-Fasilitator iThink peringkat sekolah dan perancangan tugas dan skop kerja.

24.4.2014

4

Proses Pembelajaran Kendiri Modul MPK oleh guru-guru.
       24.04.2014 –
       24.06.2014

5

Menghantar Carta Organisasi Jawatankuasa Pasukan Pemandu Inisiatif KBAT(JKPPI KBAT) Peringkat Sekolah dan Pelan Tindakan Pelaksanaan kepada JPN dan PPD.



25.04.2014


6

Perbincangan guru-guru bersama Pasukan e-Fasilitator  iThink sekolah mengenai pelaksanaan rintis KiDT.


12.05.2014

7

Mesyuarat Penyelarasan Status Pembelajaran MPK bersama Jawatankuasa Pasukan Pemandu Inisiatif KBAT(JKPPI KBAT) Sekolah Bil 1/2104  dan Pembentangan Pelaporan Status Pembelajaran oleh e-Fasilitator sekolah.


15.06.2014

8

Perasmian Program i-Think Peringkat Sekolah 2014.

23.06.2014


PELAN TINDAKAN RINTIS i-Think 2014
FASA 2 : JULAI – SEPT (SK MOHD SHAH)


Bil
Proses Kerja
Tarikh Pelaksanaan

1

Fasa Rintis / Fasa 1 :
Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam talian (KKDT) tamat.


01.07.2014
   2

Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pemandu Inisiatif KBAT(JKPPI KBAT) Sekolah Bil 2/2014.


14.07.2014

3

Pelaksanaan i-Think Peringkat Sekolah:
Pengaplikasian Peta-Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP di bilik-bilik darjah.

  16.07.2014 –
        30.09.2014

4

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah
Bil. 4/2104: Pemantapan Pelaksanaan dan Strategi Penggunaan Peta-Peta Pemikiran dalam semua mata pelajaran di bilik-bilik darjah.



        07.08.2014

5

Pelaksanaan Pemantauan Pelaksanaan i-Think dalam  PdP di bilik-bilik darjah oleh barisan pentadbir sekolah melalui pencerapan PdP guru-guru.


   11.08.2014  –
        30.09.2014
      

6

Mesyuarat Jawatankuasa Panitia-Panitia Mata Pelajaran Bil.4/2014 : Membincangkan Pelaksanaan i-Think dan Strategi Penggunaan Peta-Peta Pemikiran dalam PdP.



        19.08.2014


7

Taklimat Profesional Pasukan e-Fasilitator i-Think sekolah dengan guru-guru mata pelajaran dan barisan pentadbir sekolah mengenai status penggunaan 8 peta pemikiran. 



        02.09.2014

8

Fasa 2 : Pelaksanaan i-Think Peringkat Sekolah
Pengaplikasian Peta-Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP di bilik-bilik darjah tamat.



01.10.2014




PASUKAN  E-FASILITATOR  &  KUMPULAN  BELAJAR
 RINTIS  i-Think   SEKOLAH  KEBANGSAAN  MOHD  SHAH  2014



Kump

E-Fasilitator
Sekolah


Nama Guru

1
Pn. Hayati
Pn. Fuziah
Pn. Julia
Pn. Normalina
2
Pn. Shamshiah
Pn. Zaharah (PKP)
En. Khairul Rizam
Pn. Norsiah
3
Pn. Norhana
Pn. Asmah
Pn. Latifah
Pn. Saadiah
4
Pn. Zaharah
Abd. Latif
Pn. Mariah
Pn. Sakila
5
En. Md. Nazri
Pn. Rahamah (HEM)
Pn. Maryam
Pn. Salini
6
En. Md Rizal
Pn. Ambigai
En. Md Aswadi
Pn Zuhaida
7
En. Md Faizelie
Pn. Che khuzaimah
Pn. Noorimi
En. Wan Azli
8
En. Saadan
Pn. Dahlia
Pn. Zakiah
Pn. Zuraidah



MODUL KEPAKARAN
  PETA  PEMIKIRAN  E-FASILITATOR SEKOLAH



KUMP

E-FASILITATOR
SEKOLAH

KEPAKARAN
PETA PEMIKIRAN

1
Pn. Hayati
Peta Bulatan
2
Pn. Shamshiah
Peta Pokok
3
Pn. Norhana
Peta Buih Berganda
4
Pn. Zaharah
Peta Pelbagai Alir
5
En. Md. Nazri
Peta Titi
6
En. Md Rizal
Peta Buih
7
En. Md Faizelie
Peta Dakap
8
En. Saadan
Peta Alir



BILIK SEKRETARIAT PEMIKIRAN I-THINK 1 STOP CENTRE

Ø  Kertas Konsep
Ø  Banner Induk i-Think
Ø  8 Peta Pemikiran
Ø  Fail Induk i-Think
Ø  Fail Showcase
Ø  Brosur / Pamflet
Ø  Slogan : 1 Sekolah 1 Impian 1 Pemikiran
Ø  Jadual Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD )


STESEN INFO PEMIKIRAN

Ø  Bahan hand-out 8 Peta Pemikiran untuk kegunaan guru & kelas untuk PLBD
Ø  Buku Log Penggunaan Stesen Pemikiran
Ø  Peraturan Setiap Stesen
Ø  Banner
Ø  Buku Pelawat
Ø  Brosur / Pamflet



STESEN-STESEN PETA PEMIKIRAN

1.  Stesen Peta Bulatan                                         2.  Stesen Peta Buih
3.  Stesen Peta Buih Berganda                             4.  Stesen Peta Dakap
5.  Stesen Peta Alir                                               6. Stesen Peta Pelbagai Alir
7.  Stesen Peta Titi                                                8.  Stesen Peta Pokok
9.  Stesen IQ


PdP PEMIKIRAN

Ø  Semua PdP di bilik darjah akan menggunakan sekurang-kurangnya satu peta pemikiran di dalam semua subjek yang di ajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.


POKOK PEMIKIRAN

Ø  Kata-kata Motivasi / Nasihat
Ø  Mutiara kata
Ø  Teka-Teki
Ø  Semua bahan ini digantung atau dilekatkan pada dahan pokok pemikiran.


BALAI ILMU PEMIKIRAN

Ø  Pusat /Tempat Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD ) untuk kegunaan semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi pelaksanaan penggunaan peta-peta pemikiran dan lain-lain PdP PLBD.
Ø  Berfungsi juga sebagai tempat Pameran Pemikiran.


MAKMAL PEMIKIRAN

Ø  Adalah nama yang akan diguna pakai menggantikan nama untuk LDP / PLC atau Perkembangan Professional Staf Sekolah mulai 1 Jan 2015.


BILIK GERAKAN PEMIKIRAN

Ø  Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Mesyuarat Sekolah mulai
      1 Jan 2015.


PUSAT MINDA PEMIKIRAN AS-SIDDIQ

Ø  Adalah nama yang akan menggantikan nama Pusat Sumber Sekolah mulai
      1 Jan 2015.

PUSAT TEKNOLOGI & INOVASI PEMIKIRAN
Ø  Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Komputer Sekolah mulai
      1 Jan 2015.

PUSAT RIADAH PEMIKIRAN

Ø  Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Muzik Sekolah mulai
      1 Jan 2015.
Ø  Lagu  dan Lirik i-Think sekolah
Ø  Pusat Pergerakan Tangan 8 Peta Pemikiran


DINDING PEMIKIRAN SEKOLAH

Ø  Mural Selamat Datang ke Sekolah Pemikiran
Ø  Lukisan Bentuk 8 Peta Pemikiran


BULAN / MINGGU PEMIKIRAN

Ø  Menjadi sebahagian agenda atau aktiviti utama di dalam Takwim Pengoperasian Sekolah pada Tahun 2015.


SLOGAN PEMIKIRAN

Ø  1 SEKOLAH 1 IMPIAN 1 PEMIKIRAN


Ø  1 SEKOLAH: Menggambarkan seluruh warga sekolah, bersatu hati, 1 hala tuju untuk mencapai kecemerlangan pemikiran dan menggapai keunggulan.

Ø  1 IMPIAN: Memaparkan 1 hasrat yang ingin dicapai oleh semua warga sekolah, PIBG, komuniti dan ibubapa bagi merealitikan dan merealisasikan Sekolah Kebangsaan Mohd Shah sebagai sebuah Sekolah Pemikiran mulai
           1 Januari 2015 di Seberang Perai Utara.

Ø  1 PEMIKIRAN: Menghasratkan seluruh warga guru di SK Mohd Shah memiliki 1 pemikiran Kelas Pertama , memiliki 1 pemikiran yang Profesional, mempunyai 1 pemikiran yang jitu, kreatif dan inovatif, dan memiliki 1 pemikiran yang konsensus, kolaborasi, muafakat dan sepakat dalam usaha memastikan pencapaian matlamat dan kegemilangan sekolah.




SIJIL PEMIKIRAN

Ø  Dianugerahkan kepada murid-murid yang layak menerimanya selepas membuat dan menghasilkan peta-peta pemikiran yang kreatif , inovatif, kemas dan tepat di dalam modul Peta Pemikiran setelah melalui proses verifikasi oleh ahli panel atau Fasilitator Pemikiran Sekolah.

LENCANA PEMIKIRAN
Ø  Diberikan kepada murid-murid yang berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti pemikiran semasa Minggu atau Bulan Pemikiran Peringkat sekolah yang akan dimasukkan ke dalam Takwim Sekolah pada tahun 2015.

MODUL PEMIKIRAN
Ø  Modul ini disediakan khas untuk murid-murid Kelas Bestari sahaja
(Kelas Pertama) bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 6.


Ø  Tujuan untuk memantapkan penggunaan Peta Pemikiran, memantapkan pemahaman dan pengetahuan murid dan menjadikan PdP murid-murid lebih mencabar, kreatif, 
inovatif dan menarik.



TERATAK i-THINK

Ø  Bahan Manipulatif – Manipulatif Games
Ø  Peraturan Teratak i-Think
Ø  Stesen Peta Pokok
Ø  Slogan
Ø  Banner Membudayakan i-Think
Ø  Pasu penunjuk arah stesen peta pemikiran